JALAN KE SYURGA
Agama dengan syariat-syariatnya
harus ditaati dan dilaksanakan sepanjang umur hidup manusia.
Manusia juga diharuskan untuk selalunya bermurah hati. Hanya
apabila manusia dapat menjalankan segala hal-hal tersebut dengan
penuh maka manusia dapat mencapai Syurga. Mungkinkah kita hidup
kehidupan kita dengan sempurna?Berapa tekunkah kita sepatutnya menjalankan syariat-syariat agama ataupun berapa banyakkah kita berkemurahan hati agar dapat masuk ke Syurga? Kami semua telah berdosa; bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis. Kerana dosa kami, kami akan lenyap seperti daun layu diterbangkan angin.
Adakah tolok ukur yang pasti apabila menjalankan hal-hal tersebut agar kita dapat masuk Syurga? Tidak ada!
Oleh kerana manusia tidak akan pasti dapat masuk ke Syurga maka banyak orang hidup dalam keraguan, kebimbangan dan kegelisahan. Sepanjang zaman orang selalu berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang harus diikuti manusia agar dapat mencapai Syurga.
Kita semua seperti orang yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi Allah menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita.
"Indinash shiraathal mustaqiim"
Tunjukilah kami jalan yang lurus …
(Al Fatihah, 1:6)
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya…
(Al Maidah, 5:35)
Sudahkah anda menemui jalan
itu?
salam....akak dh follow blog afifah.....follow blog akak jgk yer....
ReplyDelete