Monday, 3 June 2013

Indahnya Al Quran


Assalamualaikum W.B.T. 

Entri kali kesan daripada kerinduan saya pada anak-anak didik. Selalu saya ingatkan anak-anak didik saya supaya berusaha belajar Al-Quran, walaupun susah, supaya mudah menerima ilmu pelajaran dan dipelihara daripada sebarang bahaya.



Antara lain kelebihan membaca Al-Quran ialah: 
1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.

2- Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali . 


3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga , juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga . 

4- Menurut Ibn Abbas ra pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

5- Selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat . 

6- Pada hari kiamat , al-Quran menjadi pembela . 

7- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga . 

8- Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat . 

9- Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin . 

10-Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka . 

11-Mendapat dapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit . 

12-Jika dibaca di dalam rumah , akan memberi cahaya kepada rumah itu . 

13-Membaca secara bertadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat .

14-Pembaca yang mahir dan baik, diutamakan menjadi imam solat .

15-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari , mengajar dan menghayati ajaran al-Quran . 

16-Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1,000 rakaat . 

17-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup . 

18-Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti . 

19-Pembaca al-Quran akan dilindungi daripada godaan syaitan . 


Semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada semua. =)



Tuesday, 19 March 2013

penulisan jurnal



JURNAL REFLEKSI MINGGU KE TUJUH
Sepanjang minggu ini adalah minggu yang benar-benar mencabar dalam tugas saya sebagai guru dalam latihan. Saya ditugaskan sebagai pegawai sukan bagi majlis sukan daerah Yong Peng. Bagi memenuhi tuntutan tugas, saya berusaha membahagikan masa dengan bijak dan memberikan yang terbaik di dalam usaha saya meningkatkan ilmu dan pengalaman di dalam dunia pendidikan terutamanya dunia Pendidikan Khas.
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai karenah murid harus saya hadapi dan layani, kerana murid pendidikan khas sememangnya bersifat sensitif dan manja. Ada di kalangan anak-anak murid perempuan saya gemar memeluk saya sewaktu di dalam kelas, dan tidak kurang juga yang merajuk apabila keinginan mereka tidak ditunaikan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi agak sukar di kawal selepas waktu rehat, kerana perubahan cuaca yang panas membuatkan murid-murid tidak rasa selesa dan bertindak lebih aktif daripada biasa. Untuk mententeramkan mereka, saya berusaha menyediakan  sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan permainan, supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan berkesan. Akan tetapi, perancangan saya tidak menepati jangkaan. Cuaca yang saya jangkakan panas bertukar menjadi mendung pada awal pagi. Aktiviti yang saya rancangkan di luar padang terpaksa saya pindahkan ke astaka. Keadaan menjadi agak kelam kabut kerana murid bermain air hujan dan membasahkan pakaian seragam masing-masing.
Pada minggu ini juga sekolah saya telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah pada 7 Mac 2013. Sebagai guru agama, saya telah ditugaskan sebagai pengacara majlis dan menyediakan sepanduk bagi sambutan Maulidul Rasul bagi Kelab Pendidikan Khas Integrasi dan Pengakap. Semoga pengalaman baru ini dapat memberi ilmu dan pengalaman yang berguna dan manfaat kepada saya.

Wednesday, 2 January 2013

JALAN KE SYURGA
Agama dengan syariat-syariatnya harus ditaati dan dilaksanakan sepanjang umur hidup manusia. Manusia juga diharuskan untuk selalunya bermurah hati. Hanya apabila manusia dapat menjalankan segala hal-hal tersebut dengan penuh maka manusia dapat mencapai Syurga. Mungkinkah kita hidup kehidupan kita dengan sempurna?
Berapa tekunkah kita sepatutnya menjalankan syariat-syariat agama ataupun berapa banyakkah kita berkemurahan hati agar dapat masuk ke Syurga? Kami semua telah berdosa; bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis. Kerana dosa kami, kami akan lenyap seperti daun layu diterbangkan angin.
Adakah tolok ukur yang pasti apabila menjalankan hal-hal tersebut agar kita dapat masuk Syurga? Tidak ada!
Oleh kerana manusia tidak akan pasti dapat masuk ke Syurga maka banyak orang hidup dalam keraguan, kebimbangan dan kegelisahan. Sepanjang zaman orang selalu berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang harus diikuti manusia agar dapat mencapai Syurga.
Kita semua seperti orang yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi Allah menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita.

"Indinash shiraathal mustaqiim"
Tunjukilah kami jalan yang lurus …
(Al Fatihah, 1:6)
"Yaa ayyuhai ladziina aamanut taqullaaha wabtaghuu ilaihi wasiilata …"
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya…
(Al Maidah, 5:35)
Sudahkah anda menemui jalan itu?